Thursday, June 24, 2010

nak dengar tak ?

Satu hari datang seorang pemuda lelaki dengan keadaan muka yang keluh kesah datang menemui aku lantas mengajukan soalan " ustaz masuk internetkah?" tanpa memikir panjang aku trus menjawab "ya", tetiba pemuda tadi menyoal "ustaz pasti melihat gambar-gambar lucahkan?"

Aku tersentak, darahku seperti dibuka kepala paipnya untuk sehera menerjah muka. Gelabah adalah penyakit aku sejak kecil, masa aku kecut perut takut jika di soal oleh guru-guru sebelum terubat sedikit selepas latih amali bertazkirah dalam usrah.

Aku tarik nafas supaya darah panas tu sejuk sedikit. Bila selesa sedikit aku menjawab " tidak", budak tadi cam tekejut dan berkata "yeke". Aku melihatnya dan melihatnya lagi hingga merasa telah menguasai dirinya, aku memegang bahunya dan berkata "kamu tidak beradab".

Anak muda tadi tersetok angin dan menundukkan kepalanya, die yang telah aku ikat itu tergamam ketakutan,"kenapa ustaz"?aku budak ni beradab cume mentah sedikit. Aku menarik tangannya sambil mendorongnya duduk secara berhadapan dengan aku, hingga dia berasa selesa dengan aku sebagai pembimbingnya.

Aku berkata " apa yang kamu dapat jika saya berkata ya atau tidak tadi", "sejak bila kamu diajar untuk bertanya dosa orang lain", "jika kamu berasa malu membuka pekung didada sendiri, tidakkah aib dan salah jika membuka pekung mereka juga?"

Aku lalu mengajarnya "setiap dari kita melakukan dosa, dosa daripada perlakuan maksiat lalai dan bermacam-macam ada, kita berdosa kerana kita adalah manusia, setiap manusia mesti berdosa, jika tidak kerana dimaksumkan oleh Allah para anbiya juga berdosa kerana mereka juga manusia.

Dosa adalah keaiban dan kehinaan, ia mesti ditutup dan tidak didedahkan. Apabila ia terdedah akan menyebabkan merendahkan kedudukan tuannya dimata manusia yang beriman. Kerana itu dosa mestilah dijauhi dan dielakkan. Jika berlaku dosa, ia mesti dibuang sesegeranya.

Jauhilah dosa dengan sifat taqwa dan hilangkanlah dosa itu dengan taubat, sembunyikanlah dosa itu dengan sitrah/penutup. Maka tanam dan bajailah sifat taqwa kerana taqwa mendorong kita untuk membenci dosa dan menyukai ketaatan. Segeralah bertaubat dan beristighfar kerana ia bagaikan angin kuat yang mengugurkan dedaun kering dari ranting-ranting kayu lalu menumbuhkan dedaun baru yang hijau dan segar.

Begitulah tazkirah ringkas aku pada budak muda tersebut, begitu khusyu sekali dia mendengar. Dia bangun sambil mengucap terima kasih. Aku tersenyum dan berkata"saya juga berterima kasih kepada kamu", dia berkata "kenapa ustaz?", aku menjawab " kerana soalanmu tu mengajar ustaz betapa besar limpah kasih sayang Allah pada kita semua"

~kata ulama, andai dosa itu berbau, nescaya ku tak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku dikesani orang kerana dosa-dosaku~

0 comments: