yang hidup dibawah naungan al-quran dan mencontohi
sifat saidina abu bakar as-siddiq,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
yang sujudnya penuh kesyukuran
dengan rahmat Allah keatasnya.
lelaki acuan al-quran tidak pernah membazirkan masa,
matanya kepenatan kerana kuat membaca,
yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.
lelaki acuan al-quran sentiasa mengingati mati,
yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga,
meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian.
lelaki acuan al-quran ialah lelaki yang tidak terpesona
dengan buaian dunia,
kerana ia mengimpikan syurga,
disitulah rumah impiannya
moga akulah lelaki acuan al-quran itu.
0 comments:
Post a Comment