Assalamualaikum buat semua pembaca, tangungjawab berdakwah bukan hanya terletak di bahu ustaz dan ustazah sahaja, tapi terpikul di bahu setiap daripada kita yang bergelar muslim, persoalan selalu timbul daripada kalangan orang islam sendiri "ustaz ana dokleh nak berdakwah lagi sebab ilmu dok brape nok cukup", "ustaz ana ni bukang dari skoloh agama, payoh sket lah", dan macam-macam lagi jawapan yang diberi untuk menafikan tangungjawab berdakwah.
Sabda nabi "sampaikanlah dariku walaupun satu ayat", nabi tak bersabda " sampaikanlah dariku setelah ilmu mung cukup", mengkhabarkan kepada kita sekecil-kecil pekara baik pon hendaklah kita sampaikan kepada orang lain apatah lagi perkara yang besar dan itulah da'wah. Adalah salah jika beranggapan bahawa boleh berdakwah atau menyampaikan kebaikan setelah mempunyai cukup ilmu, apakah parameter untuk mengukur tingginya ilmu seseorang???
para da'ie mesti menjadi juara masyarakat
Adakah semestinya mereka yang datang dari pengajian agama atau seumpamanya dikatakan mempunyai ilmu yang cukup, tidak sahabat-sahabat sebaliknya ilmu ini semakin kita mempelajarinya semakin terasa kejahilan diri, justeru yang paling penting kita mengetahui akan kewajipan berdakwah dan melaksanakannya sesuai dengan tahap ilmu yang dimiliki dengan penuh istiqomah dan pada masa yang sama tidak pernah berhenti untuk menambahkan tsaqofah dalam diri setiap masa.
Setelah menyedari tangungjawab berdakwah, para pendakwah seharusnya turun ke medan bersama-sama dengan masyarakat yang juga merupakan mad'u-mad'u atau sasaran dakwah kita. Disini skop dakwah akan lebih meluas tidak hanya tertumpu disurau-surau atau masjid sahaja serta golongan yang sudah mempunyai asas kefahaman islam yang baik, bahkan berhadapan dengan pelbagai lapisan golongan termasuk non muslim yang jauh daripada islam, golongan seperti tidak pantas untuk diabaikan bahkan perlu didekati dengan penuh kasih sayang oleh para pendakwah.
tertutup jangan disangka jumud, terbuka jangan sampai hanyut
Sabda nabi "khoirunnas yanfa'ulinnas", hadis ini yang juga saya jadikan sebagai prinsip hidup menambahkan semangat juang dalam diri untuk menghadapai pelbagai cabaran dan rintangan dalam mencapai mardhotillah. Ada hadis lain menyebut "orang mukmin yang bercampur gaul dengan manusia bersabar dengan kerenah manusia adalah lebih baik daripada orang mukmin yang tak bercampur gaul dengan manusia.
Penglibatan da'ie dalam masyarakat adalah seni yang perlu dipelajari dan dihadami dengan cara turun sendiri ke program-program bersama masyarakat dan menonjolkan imej dakwah yang ingin kita sampaikan, dalam suasana dikampus juga konsep ini penting untuk diaplikasi oleh mahasiswa islam dalam menarik minat pelajar mendekati islam. Jangan begitu mudah untuk memboikot sebaliknya pendakwah perlu turut bersama mereka menyelami pemikiran mereka dan menyediakan satu jalan atau pun solution bagaimana kaedah yang sepatutnya dan selari dengan ajaran islam.
Kalau kita yang berfikrah islam hanya bergaul dengan sesama kita bagaimana munkin untuk menarik minat masyarakat mendekati kita kerana kita terlebih dahulu mencipta gap atau batu penghalang untuk menyebarluaskan mesej dakwah yang sepatutnya. Sentiasalah kita bergerak kegerbang jasa, kalah atau menang bukan alasannya. Jadikan bahtera keluarga sebagai bahtera perjuangan, dimana kita berjuang anak dan isteri turut berjuang, itulah keluarga paling bahagia yang diingini para da'ie, disitulah baru kita akan merasai nikmat perjuangan. Sekadar tu sahaja sharingku hari ni, Assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment