Ya Allah ku hanya hamba,
kerap fikiranku jauh merenung,
dari mana dan kemana pengakhiranku,
Ya Allah sehingga ke saat ini,
pelbagai mehnah dan ujian yang kau sandarkan,
kerana kau maha mengerti atas alasan apa ini terjadi,
Ya Allah demi kemuliaanmu,
kekadang kau uji hambamu ini begitu hebat,
kerana kau lebih tahu inilah tarbiyyah darimu buatku,
Ya Allah rupanya disebalik pahit ujian itu,
tidak kusangka ada secebis harapan yang begitu manis bagaikan madu,
inilah janjimu yang sesekali tidak pernah mendustakan,
Ya Allah setiap detik masa yang berlalu,
pasti meninggalkan seribu satu i'brah buat diriku,
kerana disitu letaknya nilai dan halusnya seni kehidupan yg kau ciptakan,
Ya Allah seiring dengan perjalanan masa,
setiap saat yang berlalu semakin jauh dan sirna,
andai nilai masa dapat ku beli, segalanya akan ku korban,
namun ku mengerti semua itu hanya khayalan semata,
Ya Allah tabahkan hatiku menghadapi ujian paling berat ini,
tiada daya upayaku untuk menghadapinya andai airmata ini sebagai saksi,
jadikanlah setiap titisan airmata yang mengalir ini buat memadam api neraka,
andai disanalah tempat yang kau rasakan paling layak buatku huni didalamnya,
Ya Allah kekadang hampir bingung ku memikirkan,
mengapakah dikala cahaya yang kurasakan bakal menerangi,
rupanya hanyalah cahaya yang datang dari sebatang mancis buat sedetik cuma,
setelah habis cahaya hanya berlalu pergi tanpa sesaat menoleh,
Ya Allah inilah harganya yang perlu kubayar,
demi menggapai cintamu yang abadi,
menongkah arus penuh berduri,
diiringi doa dan semangat,
darimu sahabat sejati.
~nukilan shahrul akbar(^_^)~
4 comments:
moga epy sentiasa mcm dlm pic =)
insyaALLAH, awak pom same tau, epy2 sokmo..best x cuti ?? after buke sem start wat usrah balik yer,refresh balik apa yang dah lupe
insyaALLAH, awak pom same tau, epy2 sokmo..best x cuti ?? after buke sem start wat usrah balik yer,refresh balik apa yang dah lupe
alhamdulillah,cuti juga manfaatkan msa ngan family..insyaALLAH mantapkan ag XG =)
Post a Comment