Monday, July 5, 2010

ingat 2 perkara lupa 2 perkara

ingat 2 perkara

Kebaikkan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingat selalu dan sekiranya berpeluang maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun balasan itu tidak setimpal. Orang yang paling banyak budinya kepada kita ialah ibubapa. Ingat tu, ingatan tu akan melahirkan rasa berterima kasih dan menghargai, lalu eratlah tautan antara hati-hati, lebih-lebih lagi kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat kurnia Allah kepada kita yang tidak terhingga banyaknya.

Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan kita minta maaf daripadanya terutama ibubapa. Ingat selalu tentang kesalahan diri agar kesalahan itu tidak diulangi. Itu kesalahan kita terhadap manusia. Lebih-lebih lagi kita perlu ingat dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Iringilah dosa-dosa itu dengan taubat. Kekalkan rasa berdosa itu supaya kita terhindar daripada melakukan dosa-dosa lain, sementara hati kita sentiasa takut dan berharap Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Lupa 2 perkara

Lupakan segala budi jasa dan kebaikkan kita kepada orang lain terutama kebaikkan kita kepada kedua ibubapa. Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang. Kembalikan segala kebaikkan yang kita buat kepada Allah. Rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada orang lebih-lebih lagi kita kena lupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kepada Allah, jangan diungkit-ungkit atau dikenang-kenang.

Lupakan kejahatan orang lain terhadap diri kita. Anggaplah seolah-olah tidak ada sesiapa yang bersalah pada kita supaya tidak tercetus rasa marah atau dendam terhadap orang lain. Lebih-lebih lagi hendaklah kita lupakan segala kesusahan dan ujian, musibah atau malapetaka yang Allah timpakan kepada kita seperti sakit, kematian, kerugian, kemalangan dan kegagalan.

0 comments: