Imam Hassan Al-Banna telah mendapati para pemerintah negara-negara Islam telah terpengaruh dengan eropah setelah mereka memisahkan agama dari politik dan pemerintahan. Beliau menarik perhatian tentang bahayanya kesilapan besar ini yang telah dilakukan oleh para pemerintah dengan memisahkan islam dari politik pentadbiran dan pengurusan umat.
Beliau mengistiharkan bahwa para pemerintah dan ahli politik di negara-negara islam telah merosakkan cita rasa islam dari kepala-kepala mereka, pandangan islam dari jiwa-jiwa mereka dan keindahan islam dari suasana mereka. Ini berdasarkan kepercayaan, dakwaan dan kerja mereka yang selalunya memisahkan antara ajaran agama dan keperluan politik.
Beliau berkata "ini adalah bibit bibit kemusnahan dan kehinaan". Imam Hassan Al-Banna menegaskan Islam adalah agama yang syumul dalam semua aspek kehidupan. Beliau mengkritik tindakkan memisahkan agama dan politik. Beliau menyatakan mana-mana gerakan islam yang matlamatnya tidak mengandungi bidang politik adalah tidak menurut konsep islam yang syumul.
Semasa muktamar ikhwanul muslimun yang diadakan pada bulan Muharram tahun 1357H belaiu berkata " Aku berani menegaskan dengan berterus terang bahawa seorang islam tidak akan sempurna keislamannya melainkan ia seorang yang mempunyai kesedaran politik, memandang berat urusan umat islam, memberi perhatian kepadanya dan ghairah denganya. Aku berani berkata pemisahan dan batasan ini tidak diakui oleh islam. Setiap jamaah islam hendaklah meletakkan program utamanya dengan memberi perhatian kepada urusan politik umat islam. Jika tidak, jamaah tersebut memerlukan pemahaman makna islam."
Benarlah realiti yang menyatakan " tiada kebaikkan pada agama yang tiada politik di dalamnya dan tiada kebaikkan pada politik yang tiada agamanya didalamnya ". Sebaliknya ia adalah politik kafir yang ditolak. Islam datang dengan siasah untuk membahagiakan manusia di dunia dan di akhirat, siasah yang memlihara semua kebajikan mereka. Ketika semua umat islam mensiasahkan diri mereka dan orang lain dengan siasah ini mereka akan bahagia dan membahagiakan orang yang berada dibawah mereka. Mereka akan hidup dalam keadaan aman sementara nyawa, harta dan kehormatan mereka akan selamat.
rujukan "fiqh siasah imam hassan al banna"
2 comments:
Islam di bina atas tipu helah musuh2 tuhan. Selepas ketiadaan nabi, musuh2 tuhan meletakkan baris dan tanda bagi mencipta perkataan Islam, Muhammad dan lain. Al Quran menyatakan firman tuhan supaya mengikuti agama nabi Ibrahim iaitu Asalama (Kami Selamat) dan nabi sudah tentu akur firman tuhan ini. Ini bermaksud nabi yg membawa al quran tidak kenal pun apa itu Islam. Jadi, segala hukum2 di dlm al quran adalah hukum agama nabi Ibrahim. Musuh2 tuhanlah yg menukarkan hukum2 ini dgn menggunakan penipuan hadis dgn mengaitkan dgn watak nabi palsu iaitu Muhammad. Jadi, sesiapa yg mengikuti al quran saja bermaksud dia mengikuti agama nabi Ibrahim dan sesiapa yg mengikuti hadis maka dia mengikuti agama Muhammad. Tuhan hanya meredhai agama yg difirmankannya. Jadi, agama kitab adalah agama yg benar dan selain kitab tuhan adalah agama syaitan yg tidak membawa apa2 kesejahteraan kpd manusia. http://mahadaya-asalama.blogspot.com
syukron atas komentar...
Post a Comment