Sunday, August 29, 2010

komander ulung perang muktah


Assalamualaikum, rase ingin bercerita plak, lame doh x bercerita ceriti ni. Di tengahari ramadhan yang ke 20 ini penulis rase terpanggil untuk menceritakan tentang sirah pahlawan agung islam yang wajar untuk kita semua ambil iktibar.

Ini berkenaan dengan seorang tokoh pahlawan islam yang bernama Jaafar B Abu Talib. Kenalkah anda sape die? yang pasti beliau bukan jiran sebelah rumah anda, beliau adalah komander yang terkenal dengan keberanian luar biasa semasa perang muktah.


Peperangan ini tercetus kerana utusan nabi yang bernama Harith b Umar telah dipancung Gabenor Kaisar Rom yang bernama Syurahbil B Amru. Mendengar berita ini nabi mengarah 3000 tentera islam berperang dengan 200,000 orang tentera rom.


Zaid B Harithah mengetuai perang ini dan sekiranya terbunuh Jaafar B Abu Talib akan menggantikan zaid memegang panji islam, jika Jaafar terbunuh Abdullah B Rawahah akan menggantikan beliau.

Panji islam adalah simbol menang atau kalahnya tentera islam, ia juga amat mempengaruhi psikologi dan semangat tentera islam.
Zaid meminta diadakan mesyuarat bagi membincangkan kebimbangan untuk menghadapi jumlah tentera rom yang begitu ramai.

Namun Abdullah B Rawahah memberi semangat dengan berkata " kita berperang dengan pihak musuh bukan kerana senjata, bukan kerana kekuatan dan bukan juga kerana jumlah yang ramai "
Tentera islam bersemangat mendengar kata-kata Abdullah B Rawahah dan terus bergerak ke tempat musuh.

Berlangsunglah pertempuran hebat antara kedua-dua pihak di sebuah tempat bernama muktah. Zaid B Harithah bersemangat berjuang hingga lembing-lembing musuh terpacak pada tubuhnya sehingga tidak bernyawa lagi.


" Saya mesti mengambil panji pada tangan zaid " teriak Jaafar B Abi Talib dengan pantas mengambil panji islam dari tangan Zaid B Harithah lalu memecah masuk ke lautan tentera musuh yang ramai.
Jaafar B Abdullah melompat dari kudanya apabila beliau dikelilingi tentera musuh yang cuba merampas kuda beliau.

Jaafar bertempur dengan berani tanpa rasa gentar dan takut. Musuh merasa kagum melihat keberanian luar biasa Jaafar.
"Berhati-hati berlawan dengan lelaki itu. Dia tidak kelihatan takut dengan bilangan kita yang ramai ini".

Kata salah seorang tentera rom kepada rakan-rakannya yang mengelilingi Jaafar B Abu Talib.
"Indahnya syurga, saya dapat melihat ia menjemput saya dengan minuman yang enak dan manis. Masa pembalasan tentera rom telah tiba kerana mereka tidak ada pertalian darah dengan kita dan bukan orang islam" Jaafar B Abu Talib bersajak.

" Pastikan tidak ada ruang lagi bagi dia melepaskan diri " arah seorang ketua tentera rom yang berada dalam bulatan yang mengepung Jaafar. " Potong tangan kanannya" jerit tentera-tentera rom sambil mara kearah Jaafar yang memegang panji islam pada tangan kanannya.


" Saya tidak akan biarkan panji islam ini jatuh ke tanah ," jerit hati kecil Jaafar apabila tangan kanannya dipotong pedang musuhnya. Saya akan pastikan panji Islam ini tidak menyembah tanah selagi nyawa dalam tubuh ini". Jaafar memegang panji islam dengan kedua-dua lengannya apabila tangan kirinya juga dipotong oleh pedang musuh.


Jaafar B Abu Talib terus berjuang tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi pada dirinya. Akhirnya seorang tentera rom mencantas tubuh Jaafar B Abu Talib sehingga terbelah dua. Apabila perang tamat tentera islam mendapati 90 tusukan lembing dan panah pada tubuh Jaafar. Beliau berjaya menunjukkan semangat perwira yang luar biasa bagi menegakkan islam di muka bumi ini.


Begitulah serba sedikit kisah perjuangan tokoh pahlawan islam yang seharusnya kita ambil iktibar. Semoga ramadhan yang sedang kita lalui ini menjadikan kita semakin bersemangat untuk menegakkan islam dalam kehidupan, wallahu a'lam

0 comments: