Malam Al-Qadr
kring3...bunyi alarm di handset ku setiap hari yang cukup membuat telinga-telinga aku dan housemate aku bingit seketika. Ku lihat jam menunjukkan jam sudah pukul 4.00 pagi, alhamdulillah aku terjaga sepertimana jam yang telah aku setting sebelum tido. Terasa sungguh nikmat dan tenang beribadah terutama di bulan ramadhan yang mulia ini, aku meneruskan rutin seperti biasa menunaikan ibadah sunat tahajjud, taubat, hajat, istikharah dan witir.
Sangat terisi jiwa aku setelah puas berdoa dan mengadu kepada tuhanku, tiadalah tempat yang selayaknya untuk aku mengadu dan merintih melainkan hanya kepada tuhan yang menciptakan aku. Nak mengadu kepada manusia, emm sekadar tempat meluahkan masalah munkin boleh, tapi untuk mengharapkan aduan dan rintihan dibantu masakan boleh sedangkan manusia tu sendiri punyai masalah dan perlukan tempat pengaduan.
Persoalan jodoh
Release sungguh rase bile dapat menitiskan air mata mengenang dosa2 silam, mudah2han setitis air mata ini bisa memadam api neraka di ahirat kelak insyaAllah. Dalam tadahan doa aku memohon " Ya Allah peliharalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka memeliharaku semasa kecilku dahulu, ampunilah dosa2ku yang ku lakukan samada sedar atau tidak, permudahkanlah segala urusanku, murahkanlah rezeki ku ya Allah ".
Dalam kekhusyukan aku berdoa teringat aku pada seseorang, "Ya Allah jadikanlah dia pilihan yang terbaik buat diriku mudah2han menjadikan kami lebih bertaqwa dan taat kepadamu, dengan berkat malam2 sepuluh terakhir ini kau perkenankanlah doaku, permudahkanlah ya Allah". Ya betul persoalan jodoh ketentuan Allah, tapi bukankah islam menganjurkan kepada hambanya untuk tetap berusaha dalam apa jua perkara lebih2 lagi dalam perkara yang bersangkutan dengan persoalan pembinaan ummah.
tazkirah ringkas
Alhamdulillah selesai sudah qiam al-lail, bahagia dan tenang sungguh rase di hati hanya Allah sahaja yang lebih tahu. Sehari tertinggal atau terlewat untuk bangun menunaikan ibadah malam sungguh menyesakkan batinku. Di sepuluh malam terakhir ini lagi lah aku mengharapkan agar menjadi hamba Allah yang terpilih untuk mendapatkan malam al-qadr yang dijanjikan Allah lebih baik dari 1000 bulan, insyaAllah, ameeen.
"Allahuakbar Allahuakbar......" sayup2 kedengaran azan subuh berkumandang di masjid kolej ugama sultan zainal abidin (KUSZA) yang dah bertukar nama ke masjid universiti sultan zainal abidin (UnisZA). Tidak sempurna rasenya di bulan yang penuh berkah ini jika tidak bersama2 menunaikan solat fardhu secara berjemaah di masjid, barulah terase lengkap ibadah malamku dengan solat subuh berjemaah.
Menarik juga untuk diceritakan tentang suasana ramadhan di negeri terengganu ni, selepas sahaja solat lima waktu secara berjemaah di kebanyakkan masjid dan surau pasti akan disusuli dengan tazkirah ringkas, boleh dikatakan tiap-tiap hari yang menceritakan perihal fadhilat dan amalan-amalan sunat di bulan ramadhan, munkin suasana ni agak jarang berlaku di tempat lain wallahu a'lam.
0 comments:
Post a Comment