Sunday, October 24, 2010

galas satu tangungjawab


Assalamualaikum, pada 4 november nanti berlaku pengundian dalam pilihanraya kecil dun Galas diatas kematian penyandang sebelum ini dari parti pas. Justeru sebagai menyahut transformasi baru yang telah membuka sedikit ruang demokrasi untuk mahasiswa terlibat secara tidak langsung dalam politik tanah air, penulis menyeru kepada semua mahasiswa untuk turun beramai-ramai ke Galas pada atau sebelum 4 November nanti sebagai tanda kecaknaan dan keprihatinan kita sebagai agen perubah masyarakat dan pemimpin masa akan datang.

Justeru ambillah peluang yang ada dihadapan untuk turun ke medan masyarakat bagi menunjukan solidariti kita semua sebagai mahasiswa yang menjadi check and balance kepada kepimpinan yang ada pada hari ini. Sebarkan sebanyak munkin risalah-risalah apa sahaja yang boleh membuka minda masyarakat demi memastikan gerakan mahasiswa pada hari masih dilihat relevan.

0 comments: