Thursday, October 21, 2010

rosmah hina syariat islam

satu penghinaan terhadap islam yang direstui pemimpin UMNO

Pada 9 Ogos yang lalu bertempat di Monte Carlo, satu program yang dipanggil "Festival Busana Muslim" telah dianjurkan Datin Seri Rosmah Mansor selaku isteri kepada perdana menteri Najib Razak dengan jelas menghina syariat islam dan Rasulullah S.A.W.

Justeru saya mengajak seluruh mahasiswa dan mahasiswi islam serta seluruh masyarakat yang prihatin dengan isu ini untuk turun beramai-ramai di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan dan Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur pada hari jumaat ini 22 Oktober sebagai tanda membantah tindakkan biadap yang telah dilakukan pimpinan utama UMNO tersebut.

Rosmah merasmikan program terkutuk ini

Tindakan penghinaan terhadap islam secara terang-terangan ini tidak harus dipandang ringan oleh seluruh masyarakat khususnya yang beragama islam. Tindakkan Rosmah tersebut harus dikecam kerana salah satu fesyen mereka menulis nama nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat.

Penulis juga mempersoal sikap membisu seribu bahasa ulama-ulama penakut UMNO yang tidak berperanan menasihati atau mengesa pemimpin mereka meminta maaf kepada seluruh umat islam di negara ini atas penghinaan yang cukup mengguris hati masyarakat di negara ini.

big mama

Pada festival itu perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Amat memalukan umat islam di negara ini kerana mempunyai pemimpin yang jahil dan buta agama, golongan seperti ini tidak layak untuk memimpin negara.

Marilah mahasiswa dan mahasiswi yang merupakan golongan terpenting dalam masyarakat agar bangkit menyertai perhimpunan itu bagi meluahkan bantahan terhadap Rosmah dan Najib dan mendesak mereka supaya bertaubat dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat islam.

1 comments:

astarfirrullahhal azim ...

salam ziarah dari saye ...