Tuesday, December 28, 2010

detik yang berlalu


setiap hari detik waktu berlalu,
biarlah ia pergi membawa sejuta harapan,
yang tinggalnya lagi apa yang dihadapan,
itulah yang perlu dipandang.

yang berlalu tetapkan berlalu,
jangan diimpi untuk berulang kembali,
biarlah ia menjadi memori yang kekal abadi,
tersemat indah disanubari.

inilah perjalanan hidup yang bernama insan,
warna warni hidup membuka dimensi,
yang sekian lama alpa dan leka,
inilah jalan inilah pilihanku.

selama mana kita teguh dengan janji,
yang dulu pernah kita metrai,
selama itulah kita tetap bersama,
ibarat satu ruh dalam dua jasad.

apapun hidup tetap perlu diteruskan,
terus mengapai apa yang dihadapan,
bukannya yang berlalu itu menjadi ukuran,
kerana yang lepas itu adalah pedoman.

namun jangan pernah sekali dilupai,
memori yang membentuk kita hari ini,
siapa kita sebelum kejayaan hadir,
tiada dahulu tiadalah sekarang.

paling penting cukup doa menjadi pengiring,
sebagai bekal meniti jalan ini,
mudah-mudahan itulah saksi paling berharga,
bukti yang kita pernah bersama,
mengharungi "detik yang berlalu".


~buat kengkawan dulu, kini dan selamanya~

1 comments:

Damping dgn tuhan itulah hakikat percintaan yg paling agung. Mencintai yg mencipta adalah kasih yg kekal abadi tiada tandingannya. Dia yg sentiasa bersama malah lebih hampir dari yg difikirkan dan didlm alam shahadat ini hanya pencipta sebenarnya yg wujud secara hakikat dan segala selain itu hapus(fana). Jadi, apa perlu kawan yg tidak kekal dan tiada kesempurnaan sdgkan yg dicari adalah pemilik segala-gala. mahadaya-asalama.blogspot.com