Monday, February 15, 2010

tersenyumlah

Aset paling berharga dimiliki seorang da'ie adalah melemparkan senyuman paling manis kepada ma'dunya. Bukan mudah untuk menjadikan tersenyum sebagai tabiat bagi mereka yang tidak membiasakan diri denganya, senyuman yang ikhlas lahir dari hati pastinya akan jatuh kehati. Anda da'ie? jika benar maka mulai dari saat membaca entry ni, anda harus jadikan senyum sebagai amalan harian dengan sesiapa sahaja yang anda jumpa.

Pepatah cina ada menyebut "Seseorang yang tidak tahu bagaimana hendak tersenyum, sebaiknya dia tidak usah berniaga", hebat bukan kuasa senyuman, dibawah ad beberapa istilah arab tentang perkataan senyum, selamat membaca..

basama - bermaksud tersenyum, merupakan bentuk senyuman paling sedikit dan paling halus. Berasal daripada kata basama - yabsimu - ibtasama - yabtasimu

Al-Bisyru - bermaksud berserinya wajah

Al-Bassyu dan Al-Bisyasyah - bermkasud wajah berseri-seri, menyambut dengan mesra. Sebagai contoh seseorang gembira dengan kedatangan kawan-kawanya.

Al-Bahjah dan Al-Ibtihaj - bermaksud gembira

Al-dughdughah - rasa teruja

Al-Surur, al-sur dan al-sarro' - bermaksud gembira

Al-Dhohku - bermaksud tertawa

Al-Dhohaak - bermaksud orang yang banyak tertawa

Al-Thorob - bermaksud keriangan dan kegembiraan


Al-Zorof dan Al-Zorrofah - bermaksud manis dan elok

Al-Fukkaahah dan Al-Fakiihah - menghadirkan kata-kata manis dan penuh kelakar

Al-Maroh dan Al-Miroh - bermaksud sangat gembira

Al-Mumarozah - bermaksud mentertawa sehingga menyerupai dengan mencemuh

Al-Mazhu dan Al-Mizaah - bermaksud bersenda gurau

Al-Mulhah dan Al-Amlawihah - bermaksud perkataan yang baik dan manis

Al-Hazl, Al-Huzaalah dan Al-Muhaazalah - bermaksud bersenda gurau

Al-Hassyu, Al-Hassyasy dan Al-Hassyasyah - bermaksud berseri-seri wajahnya dan riang gembira.

Al-Hasyisy - orang yang gembira ketika ditanyai

MAKNA TERTAWA DAN TINGKATANYA


Al-Ibtisaam(tersenyum) - adalah peringkat pertama dari tertawa

Al-Ihlaas(tertawa perlahan-lahan) - iaitu melembutkan suara tertawa

Al-Hunuuf - tertawa yang sifatnya lebih tegas daripada tersenyum

Al-Iftiroor - iaitu tertawa yang baik

Al-Katkatah - tertawa dengan mulut tertutup, tingkatan tertawa atas dari Al-Iftiroor

Al-Qorqoroh dan Al-karkaroh - ketawa yang lebih kuat daripada Al-Katkatah kerana ianya tertawa yang berulang-ulang dengan mulut tertutup sedangkan Al-Katkatah hanya sekali sahaja

Al-Hazqu dan Al-Ihzaaq - memperbanyak tertawa

Al-Hazroh - tertawa yang berlebih-lebihan dan merupakan tertawa yang terburuk

~ketawa iskandar kategori Al-Katkatah~
~anda pula bagaimana??~

~sumber dari buku "tersenyumlah" karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni~

4 comments:

waaahhhh....macam dak jurusan bhs arab pulak..amber pun bnyok tak tau..jazakallah atas perkongsian yg amat menarik...dan bermanfaat!keep it up!!

syukron, sama-sama membudayakan ilmu dalam kehidupan..

Salam saudaraku..

Syukran. Perkongsian yang baik sekali. Teringat saya satu kata hikmah..

" Dalam hidup ini, adakalanya keadaan tidak dapat diubah walau bagaimanapun kita mencuba.

Namun, kita sentiasa ada pilihan.
Pilihlah yang terbaik.

Andai kita ada sebab (keadaan) untuk menangis, dan sebab (keadaan) itu tidak mampu kita ubah, ingatlah kita masih ada pilihan.

Jadi..

Pilihlah untuk senyum, sabar dan tidak mengalah.."

senyum adalah anugerah dr Allah tuk membahagiakan semua org di sekitar kita ...so it nice to do it...simple tp x ternilai harganya...