Kira-kira 10 tahun yang lalu, penulis pernah menonton sebuah filem yang bertajuk universal soldier, yang mengisahkan seorang tentera yang telah terkorban dalam peperangan diklonkan(bukan profesor klon eh) semula oleh sekumpulan saintis untuk misi ketenteraan mereka. Berlaku keadaan yang tidak dijangka seorang tertera klon yang direka mengalami sedikit perbezaan seperti klon-klon tentera lain kerana masih boleh mengimbas kembali memori ketika waktu hidupnya.
Apa yang cuba penulis sampaikan ialah, ketika umur penulis 10 tahun dahulu, cerita itu sekadar cerita, suka melihat aksi tembak menembak, kostum yang menarik, sekadar itu sahaja. Tapi sekarang setelah menonton semula cerita tu, banyak ibrah yang penulis dapat. Antaranya kehebatan dan kemampuan karakter tentera klon lakonan van damme yang dapat melaksanakan misi yang telah di setkan dimindanya dengan berjaya, walaupun hanya seorang mampu mengalahkan sekumpulan penentang yang ramai bilangannya dan mengikut arahan yang diberi tanpa ingkar.
Penulis cuba membayangkan kisah dalam cerita tersebut dengan suasana dalam gerakan islam pada hari ini, melahirkan ahli gerakan yang mampu melaksanakan apa jua misi dan tugas yang telah ditetapkan pimpinan sudah menjadi antara tujuan dan matlamat gerakan islam dimana jua sekalipun. Perlaksanaan pula tanpa ada sedikit pun rasa tidak puas hati terhadap arahan yang diberikan, dengan kata lain wala' terhadap pimpinan menjadi pegangan kuat mereka. Tu je point penting yang cuba penulis sampaikan.
Ibrah lain yang boleh kita ambil ialah, jika menonton ape-ape sahaja filem jangan kita melihat sekadar hiburan semata-mata, tapi berusahalah menggali sebanyak munkin kebaikkan dari cerita tersebut yang boleh diaplikasikan dan sebagai pengajaran yang boleh diikuti dan dicontohi. Itulah antara jalan yang terbaik boleh dilaksanakan setiap dari kita. Persoalan yang ingin penulis lontarkan kepada pembaca, bilakah masanya akan lahir pengarah filem muslim yang berbakat mengarahkan sebuah filem berunsur islam yang berada di tahap box office, bilakah akan tiba waktu itu, munkin ada dikalangan pembaca sekalian.
Jadi sama-samalah kita mengambil semula segala khazanah-khazanah milik umat islam dari tangan musuh-musuh islam, kerana mereka telah merampas segala khazanah milik umat islam sejak keruntuhan khilafah berpuluh tahun yang lalu. Segala kebaikkan dan ilmu yang dicipta oleh mereka ambillah dan pelajarilah sebaik-baiknya, jangan kita terlalu prejudis mengatakan ini tak boleh itu tak boleh sebab dari yahudi, memang benar tapi hakikatnya segala barang dan kehidupan yang kita guna saban hari ini adalah datang kebanyakkan daripada ciptaan mereka, yang memang pada asalnya matlamat mereka untuk melemahkan umat islam, inilah hakikatnya samada kita setuju atau tidak. Apa yang boleh kita lakukan ialah mengambil segala manfaat yang datang dari mereka dan gunakan untuk kepentingan islam bukan hanyut dengan ciptaan dan hasil tangan mereka.

Allahu ta'ala a'lam
0 comments:
Post a Comment