LAKARAN SEBUAH KEJAYAAN

Akan kusisipkan mutiara-mutiara berharga sebagai bekal buat yang tersayang meniti hari esok. Setiap hari yang berlalu tersimpan sejuta cerita dan rahsia yang tidak terungkap dengan kata-kata

PERJALANAN MENGAPAI IMPIAN

Di laman ini ku titipkan kisah perjalanan mencari erti sebuah kehidupan, warna warni yang pasti menjanjikan 1001 kebaikan. Semoga rahmat mengiringi pembaca sekalian

MENGUNGKAP KEBESARAN ILAHI

Singkaplah makna kehidupan ini melalui mata hati, nescaya akan ketemu kebenaran abadi dan disitu kau akan belajar menghargai mahalnya harga sebuah kesyukuran buat yang maha sakti

PENANTIAN KE SYURGA YANG ABADI

Tiada lain yang kukejar didunia ini melainkan hanya untukmu, degup nadi berdenyut derapan tapak kaki ku melangkah dan harta dunia yang kubina, tidak lain hanyalah persediaan untuk ke syurga mu nan abadi

TUHANKU YANG MAHA PENGAMPUN

Ampunilah hambamu yang sering lalai ini ya Allah, jadikanlah aku seorang anak yang berbakti kepada orang tuaku, hamba yang sentiasa bersyukur kepada penciptanya serta pejuang yang sentiasa bersedia berkorban untuk agamanya

Friday, December 30, 2011

mana sensitiviti

Kuala Lumpur - Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ) mendakwa pihaknya tidak tahu menahu atau menerima aduan berhubung mana-mana pusat hiburan dikawasan pandan perdana yang menyediakan penari tiang bagi menarik lebih ramai pelanggan.(petikan perenggan akhbar kosmo 31/12/2011)

Ulasan S.A - Inilah masalahnya bila kuasa bukan disandang manusia yang bertaqwa, tempat maksiat yang hanya 2 km dari MPAJ dan pejabat polis. Tunggu dapat aduan baru macam kera kena belacan, padahal sudah berapa lama aktiviti maksiat tersebut beroperasi, sangat dekat dengan tempat mereka.

Lagi tak boleh blah statement Pegawai Perhubungan Awam MPAJ Norhayati Ahmad berkata "laporan muka depan kosmo semalam bertajuk tarian tiang berleluasa adalah kes pertama yang melibatkan aktiviti tidak bermoral berlaku di pusat hiburan di Pandan Perdana yang diterima MPAJ pada tahun ini"

Persoalan yang ingin penulis lontarkan apakah kayu ukur MPAJ dalam melaksanakan penguatkuasaan, cukupkah sekadar bertindak jika terdapat aduan sahaja, tidak cukup untuk mengeluarkan kenyataan yang mempertahankan kelemahan yang ada walhal program maksiat seperti ini telah berlaku begitu lama di sekitar Panda Perdana.

Kemuncaknya ialah seperti apa yang dilapor dalam akhbar diatas apabila pengurus pusat maksiat ini berasa semakin kebal dan berani dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti seumpama itu. Perkara ini bagi penulis sangat mengaibkan dan memalukan maruah umat islam dan juga bangsa, kerana pegawai yang bertangungjawab tersebut seorang yang beragama islam dan juga melayu.

Sebagai Menunjukkan keseriusan MPAJ dan polis menangani aktiviti-aktiviti tidak bermoral untuk menjaga akidah umat islam sepatutnya mereka sendiri perlu kerap turun padang buat pantauan mengejut ke premis-premis yang memang sedia maklum sebagai tempat yang mengundang pelbagai maksiat ini, jangan kuman seberang laut nampak gajah depan mata terus buta.

Teringat penulis semasa bersembang dengan seorang teman yang pernah ke premis rawatan urut refleksologi, yang mana turut menyediakan perkhidmatan seks. Premis ini begitu hampir dengan balai polis, apabila ditanya mengapa seolah-olah kebal dari penguatkuasa, rupanya terdapat dikalangan pelanggan khidmat seks tersebut anggota polis sendiri yang sebangsa dan seagama dengan penulis, amat menyedihkan.

Justeru dimana lagi tempat bergantung harap rakyat yang sayangkan agama, bangsa dan negara. Pihak yang diamanah untuk jaga masyarakat sendiri terpalit dengan perbuatan kotor dan keji, jangan mimpi orang seperti ini serius untuk mengatasi gejala-gejala moral yang semakin tumbuh mutakhir ini. Tangungjawab ini tiada lain terpikul dibahu rakyat untuk menukar kepada kerajaan yang lebih adil dan bersih pada PRU 13 akan datang.

"Islam is the only solution"
"tumbangkan be end negara, agama da bangsa melayu selamat"
"vote for Pakatan Rakyat in this PRU13 election"

Tuesday, December 27, 2011

politik matang hasan


Ulasan Shahrul Akbar - Alhamdulillah diharapkan isu mutakhir ni yang membabitkan Dr Hasan Ali dan beberapa pemimpin didalam PAS telah selesai dengan permohonan maaf beliau kepada pimpinan parti atas kenyataan yang dikeluarkan beliau sebelum ni.

Ini menggambarkan sikap profesional dan berjiwa besar yang dimiliki beliau selaku orang pemimpin kanan PAS negeri selangor dan juga AJK pas pusat. Penulis percaya sikap yang matang ini turut mencerminkan akhlak yang tinggi keseluruhan kepimpinan yang ada didalam parti islam tertua di negara ini melalui pentarbiyahan dan disiplin yang berterusan diamalkan setiap anggota parti baik dari ahli biasa sehinggalah ke peringkat tertinggi.

Sikap begini amat susah untuk dilihat dikalangan pemimpin parti memerintah hari ini iaitu be end, rakyat dapat melihat sendiri politik ego ingin menjadi jaguh sehingga mengadaikan prinsip parti yang konon memperjuang bangsa tapi hakikatnya menjahanamkan bangsa apatah lagi agama, bagi pemimpin umno asal RM semua beres.

Munkin ada sedikit kekesalan yang penulis lihat terhadap segolongan kecil penyokong yang terus sahaja melemparkan kata-kata kurang enak seperti mengeji dan mengutuk Dr Hasan Ali terutama didalam laman cyber ketika tengah hangat isu membabitkan beliau baru-baru ini. Sepatutnya bukan itu caranya sebagai penyokong lebih-lebih lagi sebagai ahli gerakan islam.

Jika berlaku lagi ribut kecil melibatkan pimpinan utama parti, sebagai ahli yang terdidik dengan tarbiyah jangan terus melatah memaki serta mengutuk, tetap perlu kepada akhlak yang terkawal dan husnu dzon kerana sudut pandang sebagai ahli biasa tidak sama dengan mereka yang pernah terlibat di peringkat atas, overviewnya munkin sedikit berbeda, biarkan pimpinan utama menyelesaikan dengan cara yang baik.

Peringatan ini penting untuk sama-sama dihayati kerana sebagai parti memerintah in waiting, akhlak sebeginilah yang membezakan kita dengan pihak lawan, jangan sampai nanti dikatakan tiada beza antara parti yang membawa risalah islam dengan pihak musuh lantaran sikap tidak profesional ahli, tugas ahli tumpukan terus kepada gerak kerja selagi kuasa belum dipegang. InsyaAllah mudah-mudahan ribut kecil ini mengeratkan lagi ukhuwah diantara kepimpinan pusat khusunya di selangor untuk terus mara mempertahan kemenangan.

"Islam is the only solution"
"tumbangkan be end negara, agama dan bangsa melayu selamat"
"vote for Pakatan Rakyat in this PRU13 election"



bala warga afrika










Penulis berasa terpanggil untuk mengulas serba sedikit tentang gejala lambakan mat afrika serta masalah yang ditimbulkan mereka akhir-akhir ini. Memang tak tahu apa akan jadi dengan nasib bangsa melayu yang semakin layu hari ni adakah akan terus layu dan layu.

Antara beberapa isu yang sempat penulis terbaca adalah berkaitan dengan beberapa gadis yang terperangkap dan tertipu dengan helah si mat afrika ni, ada yang sampai tergadai segala harta benda dek kerana kata-kata mereka.

Ada yang lagi menyakitkan hati sampai ada yang sangup serah tubuh dekat si mat afrika kononya atas dasar terpedaya dengan kata-kata manis mereka. Paling menyedihkan ialah perempuan yang terlibat dengan perkara mengaibkan ni datang dari bangsa melayu.

Bukan menyalahkan golongan tertentu, tetapi sebagai pengiktibaran untuk sama-sama muhasabah. Antara fenomena yang semakin ketara dilihat ialah golongan mat afrika ni dah jadi seolah-olah macam warga negara malaysia pulak, sana sani ada je bangsa kulit hitam tu, hatta di kawasan perumahan penulis pun ada. Takkanlah nak 1 Malaysia punya pasal kot nak tambah warga ni, jalan2 area KL dan Pasar Borong lagi pening kepala, dah macam kat bombay, calcutta, nepal dan yangon rase.

Penulis yakin di kebanyakkan tempat mengalami fenomena yang sama, kalau kehadiran mereka ni tak bawa masalah takpe, tapi tengok sendirilah dalam akhbar macam-macam jenayah diorang buat, yang terkena balanya siapa ? anak bangsa melayu kita juga terkait sama, sampai ada yang sangup jual maruah, aduhai bangsaku.

Bangsa asing datang sini kaut harta kekayaan negara dengan buat bisnes then bawa balik negara diorang, bangsa kita melayu pulak kebanyakkan remaja habis masa dengan terlibat gejala moral yang tak sihat, berhutang dan merempat sana sini. Tak rase tercabarkah kita sebagai warganegara, ayuh bangsaku kita sama2 bangkit, bukan untuk merendah-rendah bangsa sendiri tapi sekadar untuk saling memperingat.

Pihak berwajib perlu berbuat langkah yang serius menangani masalah ni, tak nampak lagi sejauh mana seriusnya kerajaan be end sekarang buat atas isu ni, jangan tunggu ada masalah diorang buat baru nak bertindak, perlu dari sekarang sebelum parah. Penulis tak nampak keseriusan kerajaan tangani benda ni, selain kewajipan individu memang kita semua kene tukar kerajaan yang ada, that's the only way untuk selamatkan bangsa dan tanah air kita.

Memang sungguh tercabar rasa diri ni yang berbangsa melayu, bukan taksub sangat pada bangsa tapi sekurang-kurangnya jangan sampai aib dan maruah bangsa kita mudah dibeli oleh mat afrika ni, dahlah mereka ni orang luar datang sini seolah-olah jadi tuan boleh berlaku sesuka hati dan biadap.

Jadi sebelum bangsa kita menjadi hina dan jadi pengemis di negara sendiri elok kita semua saling beringat-ringat antara satu sama lain, kita sayangkan agama dan mahu bangsa kita di hormati dan sekurang-kurangnya tidak dipijak dan dibeli maruahnya sesuka hati oleh warga kulit hitam ini.

"Islam is the only solution"
"tumbangkan be end negara, agama dan bangsa melayu selamat"
"vote for Pakatan Rakyat in this PRU13 election"

Sunday, December 25, 2011

pagani zonda


Kereta termahal didunia keluaran pagani zonda, memang jarang terjumpa orang yang pandu kereta jenis ni , munkin harganya yang mahal gila babas. Bentuk dia pun memang bombastik seakan-akan kereta tamiya pun ada. InsyaAllah 10 tahun lagi aku nak miliki kereta jenis, let's dreamz comes reality.

Saturday, December 24, 2011

Selamat hari natal


Selamat hari Natal buat semua penganut agama kristian di Malaysia, bersama-sama mengorak langkah menuju Malaysia baru yang bersih daripada rasuah, kezaliman dan penindasan.

Tuesday, December 28, 2010

detik yang berlalu


setiap hari detik waktu berlalu,
biarlah ia pergi membawa sejuta harapan,
yang tinggalnya lagi apa yang dihadapan,
itulah yang perlu dipandang.

yang berlalu tetapkan berlalu,
jangan diimpi untuk berulang kembali,
biarlah ia menjadi memori yang kekal abadi,
tersemat indah disanubari.

inilah perjalanan hidup yang bernama insan,
warna warni hidup membuka dimensi,
yang sekian lama alpa dan leka,
inilah jalan inilah pilihanku.

selama mana kita teguh dengan janji,
yang dulu pernah kita metrai,
selama itulah kita tetap bersama,
ibarat satu ruh dalam dua jasad.

apapun hidup tetap perlu diteruskan,
terus mengapai apa yang dihadapan,
bukannya yang berlalu itu menjadi ukuran,
kerana yang lepas itu adalah pedoman.

namun jangan pernah sekali dilupai,
memori yang membentuk kita hari ini,
siapa kita sebelum kejayaan hadir,
tiada dahulu tiadalah sekarang.

paling penting cukup doa menjadi pengiring,
sebagai bekal meniti jalan ini,
mudah-mudahan itulah saksi paling berharga,
bukti yang kita pernah bersama,
mengharungi "detik yang berlalu".


~buat kengkawan dulu, kini dan selamanya~

Thursday, December 9, 2010

inilah aku

Assalamua'laikum buat sahabat-sahabat blogger dan pengunjung teratak ku ini. Hampir seminggu rasanya tak di update blog ini atas kesibukkan berjuang melaksanakan tangungjawab yang tidak pernah habis, berjuang untuk membentuk keperibadian muslim yang sejati walaupun diri ini penuh dengan seribu satu kekurangan dan kelemahan sebagai insan biasa bergelar manusia.

Bulan 12 ni merupakan cuti semester bagi tempat pengajian penulis, memang lengang suasana di kampus ketika ini. Tetapi bagi penulis cuti ke tak semuanya sama sahaja, tetap cool and steady, tiada apa yang membezakan terma perkataan tersebut. Ditambah pula di saat-saat akhir pengajian tumpuan hanya pada projek tahun akhir.

Dikesempatan ruang masa yang banyak dan jadual kuliah yang lebih sedikit berbanding semester-semester sebelumnya, penulis mengambil peluang ini untuk berkerja secara sambilan tidak jauh dari tempat pengajian penulis. Kata orang "sambil-sambil menyelam tu minum air" aish betul ke pepatah ni ? kerja apa yang penulis buat tu tak perlu tahulah ye yang penting halalan toyyibah.

Dengan pengalaman yang singkat belajar sambil bekerja setakat beberapa hari bermula, penulis dapat merasakan betapa perlu kepada pengurusan kehidupan yang bijak dan bersistematik. Mana taknya bila bekerja kita bertangungjawab kepada majikan, pada masa yang sama bertangungjawab kepada akademik, organisasi, keluarga dirumah dan banyak lagi tangungjawab-tangungjawab lain.

Penulis dapat merasakan perlunya hidup ini lebih tersusun dan bersedia untuk belajar serba sedikit keadaan hidup selepas alam pengajian yang sudah barang pasti cabaran dan tangungjawab yang akan dipikul lebih banyak dan bertambah. Kekadang macam sebelum-sebelum ni ikut apa yang terlintas difikiran baru dibuat, perancangan yang telah dibuat pun belum tentu dapat diikuti semua dek kerana banyak perkara-perkara diluar jangka yang datang secara tiba-tiba.

Tapi apepun itulah pengalaman hidup yang insyaAllah dapat mematangkan fikiran dan cara berfikir seorang insan yang bernama shahrul akbar. Aspek pengurusan kendiri cukup penting kepada kita semua, dengan pengurusan kendiri yang baik insyaAllah tidak akan terabai semua perkara penting yang telah dipertangungjawab kepada kita dan semua kerja-kerja yang kita lakukan akan dapat dioptimumkan perlaksaaannya.